FAQ

SOALAN LAZIM (FAQ) e-EKSPO TVET@KPLB 2021

1. Apakah Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB atau e-Ekspo TVET@KPLB 2021?
Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB merupakan acara ekspo tahunan yang diadakan melibatkan agensi/ institusi penyedia TVET di Kementerian ini bertujuan memberi pendedahan dan peluang pendidikan TVET kepada pelajar-pelajar lepasan SPM yang lebih berminat dalam bidang teknikal dan vokasional. Bermula tahun 2020, sebagai sebahagian daripada norma baharu, Ekspo TVET@KPLB akan diadakan secara dalam talian dan dikenali sebagai e-Ekspo TVET@KPLB.

2. Apakah objektif penganjuran e-Ekspo TVET@KPLB 2021?
Objektif penganjurannya adalah mempromosikan kesedaran secara berterusan kepada masyarakat khususnya pelajar dan belia mengenai peluang pendidikan TVET

3. Apakah Tema e-Ekspo TVET@KPLB 2021?
Tema e-Ekspo TVET@KPLB 2021 adalah Pilihan Kemahiran Anda (dengan hashtag #PilihanKemahiranAnda dan #SayaBudakTVET).

4. Apakah agensi yang terlibat dalam e-Ekspo TVET@KPLB 2021?
Penganjurannya melibatkan kerjasama Institusi Pendidikan TVET di bawah tujuh (7) agensi utama Kementerian ini, seperti berikut:
(i) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS);
(ii) Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA);
(iii) Majlis Amanah Rakyat (MARA);
(iv) Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA);
(v) Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA);
(vi) Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA); dan
(vii) Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)

5. Bilakah e-Ekspo TVET@KPLB 2021 diadakan?
Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB secara dalam talian atau dikenali sebagai e-Ekspo TVET@KPLB 2021 akan bersiaran secara langsung dalam talian selama empat (4) hari bermula dari 29 September 2021 (Rabu) hingga 2 Oktober 2021 (Ahad).

6. Apakah platform utama e-Ekspo TVET@KPLB 2021?
e-Ekspo TVET@KPLB 2021 boleh dicapai menerusi dua (2) platform utama iaitu:
(i) Laman web e-Ekspo TVET@KPLB 2021 (https://ekspotvet.rurallink.gov.my/); dan
(ii) Media sosial rasmi KPLB seperti Facebook (https://www.facebook.com/kplbofficial/), Instagram (kplb_gov), Twitter (kplb_gov), Youtube (KPLB_GOV official) dan TikTok (#kplb).

7. Apakah pengisian dan komponen utama dan e-Ekspo TVET@KPLB 2021?
Penganjuran e-Ekspo ini akan memfokuskan pengisian enam (6) komponen utama seperti berikut:

(i) Pameran digital secara dalam talian
Pameran dan informasi mengenai setiap Institusi mengenai program/ kluster bidang pengajian/ kemudahan dan fasiliti yang disediakan, urusan pengambilan/ pembiayaan dan lain-lain berkaitan.
Pameran digital secara dalam talian boleh dicapai seperti di pautan laman web: https://ekspotvet.rurallink.gov.my/informasi

(ii) Forum dan seminar live/ rakaman
Program forum dan seminar live/ rakaman oleh speaker/ pakar/ alumni daripada setiap Institusi/ agensi/ industri terlibat yang akan memfokuskan kepada topik mengenai kerjaya dalam bidang TVET, success stories, Ikon TVET, keusahawanan, kolaborasi industri dan sebagainya.
Forum dan seminar live/ rakaman boleh dicapai seperti di https://ekspotvet.rurallink.gov.my/forum-seminar-hari-pertama/.

(iii) Video-video rakaman program/ aktiviti latihan kemahiran
Pemaparan siaran video live/ rakaman program/ aktiviti menarik dalam pelbagai bidang latihan kemahiran terpilih, contohnya seperti automotif, kulinari, lanskap dan kostum untuk memberikan gambaran mengenai keistimewaan aktiviti kemahiran yang ditawarkan di setiap Institusi.
Video-video rakaman program/ aktiviti latihan kemahiran boleh dicapai seperti di pautan web: https://ekspotvet.rurallink.gov.my/video-kemahiran-hari-pertama

(iv) Sesi khidmat nasihat interaktif
Sesi khidmat nasihat secara interaktif oleh setiap Institusi TVET@KPLB mengenai peluang pendidikan/ panduan bidang pengajian/ urusan pengambilan/ pembiayaan/ kerjaya dalam bidang TVET dan lain-lain.
Sesi khidmat nasihat interaktif oleh setiap Institusi TVET@KPLB boleh dicapai seperti di pautan laman web: https://ekspotvet.rurallink.gov.my/sesi-khidmat-nasihat(

v) Pertandingan Mencipta Logo dan Slogan TVET@KPLB
Pertandingan Mencipta Logo dan Slogan TVET@KPLB terbuka kepada semua pelajar/ pelatih Institusi Pendidikan TVET/ Institusi Latihan Kemahiran di Malaysia, sama ada awam atau swasta.
Syarat-syarat Pertandingan Mencipta Logo dan Slogan TVET@KPLB boleh dicapai seperti di pautan laman web:https://ekspotvet.rurallink.gov.my/pertandingan-logo-slogan

(vi) Pertandingan Tiktok Challenge TVET@KPLB
Pertandingan Tiktok Challenge TVET@KPLB juga terbuka kepada semua pelajar/ pelatih Institusi Pendidikan TVET/ Institusi Latihan Kemahiran di Malaysia, sama ada awam atau swasta.
Syarat-syarat Pertandingan Tiktok Challenge TVET@KPLB boleh dicapai seperti di pautan laman web:https://ekspotvet.rurallink.gov.my/pertandingan-tik-tok/

8. Apakah jadual program e-Ekspo TVET@KPLB 2021?
Jadual program dan aktiviti e-Ekspo TVET@KPLB 2021 sepanjang empat (4) hari tempoh pelaksanaannya boleh dicapai seperti di pautan laman web:https://ekspotvet.rurallink.gov.my/informasi/#Jadual

9. Meja bantuan/ pertanyaan berhubung e-Ekspo TVET@KPLB 2021?
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi pihak Urus Setia menerusi talian seperti berikut:
(i) No. Telefon: 03 – 8891 2213/ 2221/ 2224/ 2231; dan
(ii) Alamat emel: ekspotvet@rurallink.gov.my.