KOLEJ KETENGAH

Program yang ditawarkan

SENARAI SIJIL​

Kemudahan pembelajaran yang ditawarkan

KEMUDAHAN PEMBELAJARAN

PERMOHONAN PROGRAM

Kaunter Pendaftaran dan Pertanyaan

HUBUNGI KAMI

Hubungi Kami

Emel: admin@kolejketengah.edu.my

Telefon: 09-8222 861

Alamat: Kolej Ketengah,
Jalan Sultan Sulaiman,
Bandar Al-Muktafi Billah Shah,
23400 Dungun Terengganu

Kementerian Pembangunan Luar Bandar
No 47, Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100, Putrajaya

Telefon: 03-8891 2213/2221/2224/2231

Emel: ekspotvet@rurallink.gov.my

Pengunjung:

000845

BORANG MAKLUMBALAS PENGUNJUNG EKSPO TVET@KPLB 2022

Borang ini disediakan dengan tujuan untuk mendapatkan maklumbalas dan penilaian daripada para pengunjung (sama ada hadir secara fizikal atau maya) mengenai keberkesanan penganjuran Ekspo TVET@KPLB 2022, seterusnya membantu pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dalam membuat penambahbaikan sewajarnya bagi program seumpamanya pada masa akan datang.

Maklumbalas daripada para pengunjung amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sila beri maklumbalas berdasarkan skala dan ruangan yang disediakan di bawah.

Borang Maklumbalas

Soalan Lazim

1. Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022, boleh jelaskan secara ringkas mengenainya?
Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022 (Ekspo TVET@KPLB 2022) merupakan medan bagi promosi secara tahunan program latihan kemahiran dalam pelbagai bidang TVET yang ditawarkan oleh agensi/ institusi pendidikan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi mempromosi kesedaran, menarik minat dan seterusnya meningkatkan pengambilan/ kemasukan pelajar baharu.

2. Apakah objektif penganjuran Ekspo TVET@KPLB 2022?
Objektif penganjurannya Ekspo TVET@KPLB 2022 adalah seperti berikut:
(i) mempromosikan program dan peluang latihan kemahiran yang disediakan oleh Institusi Pendidikan TVET@KPLB kepada masyarakat;
(ii) memberi peluang kepada masyarakat khususnya luar bandar untuk berinteraksi terus dengan Institusi Pendidikan TVET@KPLB; dan
(iii) meningkatkan sinergi dan kerjasama di kalangan Institusi Pendidikan TVET@KPLB.

3. Apakah Tema Ekspo TVET@KPLB 2022?
Tema Ekspo TVET@KPLB 2022 adalah “Memartabat Kemahiran, Melestari Komuniti Keluarga Malaysia”. Tema ini dipilih selaras dengan inisiatif Kerajaan untuk memperkasa dan seterusnya menaikkan martabat pendidikan kemahiran TVET sebagai pilihan utama pendidikan dan kerjaya kepada golongan sasar iaitu pelajar dan belia khususnya di luar bandar. Dengan pendidikan kemahiran TVET yang dimiliki, kelestarian komuniti masyarakat dalam Keluarga Malaysia akan terjamin.

4. Apakah institusi pendidikan TVET yang terlibat dalam Ekspo TVET@KPLB 2022?

Penganjurannya melibatkan kerjasama 280 institusi pendidikan TVET di bawah tujuh (7) agensi utama Kementerian ini, seperti berikut:
(i) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS);
(ii) Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA);
(iii) Majlis Amanah Rakyat (MARA);
(iv) Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA);
(v) Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA);
(vi) Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA); dan
(vii) Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).

Manakala, Institusi Pendidikan TVET@ KPLB yang terlibat adalah seperti berikut:
(i) Akademi Kemahiran KEMAS;
(ii) Universiti Kuala Lumpur (UniKL);
(iii) German-Malaysian Institute (GMI);
(iv) MARA Japan Industrial Institute (MJII);
(v) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM);
(vi) Institut Kemahiran MARA (IKM);
(vii) GIATMARA;
(viii) Kolej KEDA;
(ix) Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH);
(x) Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM);
(xi) Kolej Risda;
(xii) Pusat Latihan JAKOA Paya Bungor; dan
(xiii) Kolej Ketengah.

5. Bila dan di mana Ekspo TVET@KPLB 2022 diadakan?
Ekspo TVET@KPLB 2022 akan diadakan secara hibrid mulai 23 Jun 2022 (Khamis) hingga 25 Jun 2022 (Sabtu), bermula jam 9:00 pagi hingga 10:00 malam, menerusi platform seperti berikut:

(a) Secara fizikal:
Dataran Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah.

(b) Secara dalam talian:
i. Portal Ekspo TVET@KPLB 2022 (https://ekspotvet.rurallink.gov.my/); dan
ii. Media sosial rasmi KPLB seperti Facebook (https://www.facebook.com/kplbofficial), Instagram (kplb_gov), Twitter (kplb_gov), Youtube (KPLB_GOV official), Tik Tok (#kplb).

6. Apakah aktiviti-aktiviti menarik dalam Ekspo TVET@KPLB 2022?
Pelbagai pengisian aktiviti yang menarik dalam Ekspo TVET@KPLB 2022 seperti berikut:

(i) TVET Exhibition (Pameran)
Pameran dan informasi oleh setiap Agensi/ Institusi Pendidikan TVET@KPLB mengenai program/ kluster bidang pengajian/ kemudahan dan fasiliti yang disediakan, pameran rakan strategik/ industri seperti PERKESO, Celcom dan Perodua, urusan pengambilan/ kemasukan ke Institusi Pendidikan TVET@KPLB dan sebagainya.


(ii) TVET Community (Komuniti)
Aktiviti melibatkan komuniti setempat di negeri Kedah seperti preventive maintenance, acara kemahiran masyarakat setempat (pertandingan masakan), TVET Cilik (mewarna/ puzzle) dan sebagainya.


(iii) TVET Technopreneur (Teknousahawan)
Aktiviti gerai jualan, produk keusahawanan oleh usahawan, graduan dan alumni TVET@KPLB, pertandingan bizpitching dan aktiviti TVET servis seperti gunting rambut, selenggara basikal dan manicure pedicure.

(iv) TVET Live Skills Challenge (Cabaran Kemahiran)
Pelbagai cabaran kemahiran secara fizikal seperti demonstrasi kemahiran, pameran drone, pameran robotic, pameran custom bike show dan pameran custom car challenge.


(v) TVET Be Skills
Pertandingan kemahiran yang melibatkan penyertaan pelajar di bawah Institusi Pendidikan TVET@KPLB seperti Pertandingan Inovasi, Pertandingan Sculpture, Pertandingan Creative Bike, Pertandingan Kemahiran Motorsikal, Pertandingan Senggaraan Basikal dan Pertandingan Airbrush.


(vi) TVET Seminar & Career (Seminar dan Kerjaya)
Sesi seminar/ webinar mengenai kerjaya, success story dan Ikon TVET dengan pelbagai topik menarik, sesi walk-in temuduga pengambilan pelajar, temuduga kerjaya dan sebagainya.


(vii) Cabutan bertuah
Para pengunjung berpeluang memenangi cabutan bertuah hebat yang disediakan oleh pihak penganjur di sepanjang tempoh ekspo berlangsung seperti motosikal, baucar penginapan dan sebagainya.

7. DI mana boleh diperolehi jadual program Ekspo TVET@KPLB 2022?
Jadual program dan aktiviti Ekspo TVET@KPLB 2022 sepanjang tiga (3) hari tempoh pelaksanaannya boleh dicapai seperti di pautan laman https://ekspotvet.rurallink.gov.my/

8. Pertanyaan/ bantuan berhubung Ekspo TVET@KPLB 2022?
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan/ bantuan, bolehlah menghubungi pihak Urus Setia menerusi talian seperti berikut:
(i) No. Telefon: 03 – 8891 2213/ 2224/ 2229/ 2221/ 2236/ 2231; dan
(ii) Alamat emel: ekspotvet@rurallink.gov.my

Hubungi Kami

HUBUNGI KAMI

Kementerian Pembangunan Luar Bandar
No 47, Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100, Putrajaya

Telefon: 03-8891 2213/2221/2224/2231

Emel: ekspotvet@rurallink.gov.my

Kemudahan pembelajaran yang ditawarkan

KEMUDAHAN PEMBELAJARAN

Kaunter Pendaftaran dan Pertanyaan

HUBUNGI KAMI

Hubungi Kami

Emel: admin@kolejketengah.edu.my

Telefon: 09-8222 861

Alamat: Kolej Ketengah,
Jalan Sultan Sulaiman,
Bandar Al-Muktafi Billah Shah,
23400 Dungun Terengganu

Program yang ditawarkan

SENARAI SIJIL

PERMOHONAN PROGRAM