TIKTOK CHALLENGE SEMPENA KEMPEN TVET@KKDW 2023 ANJURAN KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA & WILAYAH

Borang Penyertaan Pertandingan Tiktok TVET@KKDW 2023

Click or drag a file to this area to upload.

Pemenang Tahun Lepas

Syarat-Syarat Penyertaan

  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar/ pelatih Institusi Pendidikan TVET/ Institusi Latihan Kemahiran di Malaysia, sama ada awam atau swasta.
  2. Penyertaan pelajar/ pelatih adalah secara individu dan berkumpulan.
  3. Penyertaan adalah percuma.
  4. Peserta secara individu dan berkumpulan boleh menghantar lebih dari satu (1) video, tetapi hanya layak memenangi satu (1) hadiah sahaja.
  5. Video yang dihasilkan adalah antara 30 hingga 60 saat , dengan kandungan pengisian berkaitan dengan TVET.
  6. Video yang dihasilkan mestilah karya asli dan kreatif.
  7. Video yang dihasilkan tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif berkaitan agama, kaum, politik dan sebagainya.
  8. Peserta juga diingatkan untuk sentiasan menjaga tatakelakuan dalam video yang dihasilkan dan menjaga nama baik institusi masing-masing.
  9. Semua video yang dikemukakan tidak akan dikembalikan dan akan menjadi hak milik Penganjur. Peserta tidak memiliki sebarang hak atau tuntutan terhadap video yang telah dikemukakan kepada penganjur.
  10. Dengan menyertai pertandingan ini, peserta dianggap bersetuju untuk memberikan hak cipta video kepada Penganjur serta membenarkan Penganjur untuk mengubahsuai, menggunakan semula, menyiarkan atau menerbit video dalam apa jua bentuk media atau medium sama ada dalam atau luar negara bagi tujuan penerbitan, pemasaran, promosi, komersial dan sebagainya, tanpa sebarang notis atau pembayaran/ royalti kepada peserta.
  11. Dengan menyertai pertandingan ini juga, peserta dianggap secara automatik mengakui dan membuat representasi bahawa setiap elemen dalam penghasilan video tersebut tidak melanggar hak cipta mana-mana pihak ketiga dan/ atau undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia. Penganjur tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan sekiranya peserta didapati melakukan kesalahan plagiat atau melanggar hak cipta mana-mana pihak ketiga/ undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia.
  12. Penganjur mempunyai kuasa mutlak dan berhak untuk meminda mana-mana terma dan syarat pertandingan serta membuat apa-apa keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah pada bila-bila masa.
  13. Setiap penyertaan akan dinilai oleh panel juri yang dilantik oleh Penganjur dan akan disenarai pendek terlebih dahulu sebelum Penganjur memuat naik video terpilih ke Laman Facebook Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) bagi proses undian Like dan Share. Kriteria penilaian juri pula meliputi aspek kreativiti, teknik persembahan, dan keaslian idea video, dan jumlah “Like dan ‘Share’ yang terbanyak.
  14. Panel juri berhak untuk membatalkan penyertaan peserta sekiranya didapati tidak mematuhi terma dan syarat yang dinyatakan.
  15. Keputusan juri adalah muktamad.

TEMPOH PERTANDINGAN

  • Tarikh/ tempoh penyertaan: 1 Julai – 14 Julai 2023
  • Tarikh tutup penyertaan: 14 Julai 2023 (11:59 malam)
  • Tarikh undian “Like” di Facebook KKDW: 17 – 21 Julai 2023
  • Tarikh keputusan diumumkan: 27 Julai 2023 (rujuk laman web rurallink.gov.my dan media sosial rasmi KKDW)

KAEDAH PENYERTAAN

  1. Peserta ‘Like’ dan ‘Follow’ Laman Facebook  KKDW 
  2. Peserta mengisi e-borang penyertaan di laman web ekspotvet.rurallink.gov.my  
  3. Peserta memuatnaik salinan kad pelajar di e-borang penyertaan di laman web ekspotvet.rurallink.gov.my, sebagai bukti peserta merupakan pelajar Institusi Pendidikan TVET/ Institusi Latihan Kemahiran di Malaysia sama ada awam atau swasta
  4. Peserta memuatnaik video di aplikasi Tiktok peserta dengan hastag #PilihanKemahiranAnda
  5. Peserta kongsi link video TikTok peserta di ruangan yang disediakan di e-borang penyertaan di laman web ekspotvet.rurallink.gov.my.
  6. Peserta memastikan akaun TikTok peserta telah ditetapkan pada mod ‘PUBLIC’.

HADIAH PERTANDINGAN

  • 5 Video terbaik:   5 x wang tunai RM500
  • 50 Penghantar Terawal :   50 x Hadiah Saguhati
  • 3 Video ‘Likes’ dan ‘Shares’ Terbanyak:   3 x Hadiah Misteri

Jadual EkspoTVET@KKDW 2023

BORANG MAKLUMBALAS PENGUNJUNG EKSPO TVET@KKDW 2023

Borang ini disediakan dengan tujuan untuk mendapatkan maklumbalas dan penilaian daripada para pengunjung (sama ada hadir secara fizikal atau maya) mengenai keberkesanan penganjuran Ekspo TVET@KKDW 2023, seterusnya membantu pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam membuat penambahbaikan sewajarnya bagi program seumpamanya pada masa akan datang.

Maklumbalas daripada para pengunjung amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sila beri maklumbalas berdasarkan skala dan ruangan yang disediakan di bawah

Soalan Lazim Ekspo TVET@KKDW 2023

  1. Ekspo TVET@KKDW 2023, boleh jelaskan secara ringkas mengenainya?
    Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KKDW 2023 (Ekspo TVET@KKDW 2023) merupakan medan bagi promosi secara tahunan program latihan kemahiran dalam pelbagai bidang TVET yang ditawarkan oleh agensi/ institusi pendidikan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi mempromosi kesedaran, menarik minat dan seterusnya meningkatkan pengambilan/ kemasukan pelajar baharu.

 

  1. Apakah objektif penganjuran Ekspo TVET@KKDW 2023?
    Objektif penganjurannya Ekspo TVET@KKDW 2023 adalah seperti berikut:
    (i) mempromosikan program dan peluang latihan kemahiran yang disediakan oleh Institusi Pendidikan TVET@KKDW kepada masyarakat;
    (ii) memberi peluang kepada masyarakat khususnya luar bandar untuk berinteraksi terus dengan Institusi Pendidikan TVET@KKDW; dan
    (iii) meningkatkan sinergi dan kerjasama di kalangan Institusi Pendidikan TVET@KKDW.

 

  1. Apakah Tema Ekspo TVET@KKDW 2023
    Tema Ekspo TVET@KKDW 2023 adalah “Pilihan Kemahiran Anda”. Tema ini dipilih selaras dengan inisiatif Kerajaan untuk memperkasa dan seterusnya menaikkan martabat pendidikan kemahiran TVET sebagai pilihan utama pendidikan dan kerjaya kepada golongan sasar iaitu pelajar dan belia khususnya di luar bandar.

 

  1. Apakah institusi pendidikan TVET yang terlibat dalam Ekspo TVET@KKDW 2023?
    Penganjurannya melibatkan kerjasama 280 institusi pendidikan TVET di bawah tujuh (7) agensi utama Kementerian ini, seperti berikut:
    (i) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS);
    (ii) Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA);
    (iii) Majlis Amanah Rakyat (MARA);
    (iv) Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA);
    (v) Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA);
    (vi) Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA); dan
    (vii) Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).

    Manakala, Institusi Pendidikan TVET@KKDW yang terlibat adalah seperti berikut:
    (i) Akademi Kemahiran KEMAS;
    (ii) Universiti Kuala Lumpur (UniKL);
    (iii) German-Malaysian Institute (GMI);
    (iv) MARA Japan Industrial Institute (MJII);
    (v) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM);
    (vi) Institut Kemahiran MARA (IKM);
    (vii) GIATMARA;
    (viii) Kolej KEDA;
    (ix) Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH);
    (x) Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM);
    (xi) Kolej Risda;
    (xii) Pusat Latihan JAKOA Paya Bungor; dan
    (xiii) Kolej Ketengah.

 

  1. Bila dan di mana Ekspo TVET@KKDW 2023 diadakan?
    Ekspo TVET@KKDW 2023 akan diadakan secara hibrid mulai 14 Julai 2023 (Jumaat) hingga 16 Julai 2023 (Ahad), bermula jam 9:00 pagi hingga 10:00 malam, menerusi platform seperti berikut:
    (a) Secara fizikal:Bertam Square, Kepala Batas, Pulau Pinang.
    (b) Secara dalam talian:
    i. Portal Ekspo TVET@KKDW 2023 (https://ekspotvet.rurallink.gov.my/); dan
    ii. Media sosial rasmi KKDW seperti Facebook (https://www.facebook.com/KKDWofficial), Instagram (KKDW_gov), Twitter (KKDW_gov), Youtube (KKDW_GOV official), Tik Tok (#KKDW).

 

  1. Apakah aktiviti-aktiviti menarik dalam Ekspo TVET@KKDW 2023?
    Pelbagai pengisian aktiviti yang menarik dalam Ekspo TVET@KKDW 2023 seperti berikut:
    (i) Zon 1 (Pameran)
    Pameran dan informasi oleh setiap Agensi/ Institusi TVET@KKDW mengenai program/ kluster bidang pengajian/ kemudahan dan fasiliti yang disediakan dan pengambilan/ kemasukan ke Institusi TVET@KKDW serta pameran rakan strategik/ industri seperti PERKESO, Celcom dan Perodua.
    (ii) Zon 2 (Komuniti)
    Aktiviti melibatkan komuniti setempat di negeri Pulau Pinang seperti Selenggara Elektrik Rumah Impian (SERI), demonstrasi kemahiran, Pertandingan Gubahan Bouquet dan Melukis Inai, pertandingan TVET Cilik serta program e-Sport untuk belia/ anak muda.
    (iii) Zon 3 (Teknousahawan)

    Aktiviti gerai jualan, produk keusahawanan oleh usahawan, graduan dan alumni TVET@KKDW, pertandingan bizpitching dan aktiviti TVET servis.
    (iv) Zon 4 (Cabaran Kemahiran)

    Pelbagai cabaran kemahiran secara fizikal melibatkan penyertaan pelajar seperti Pertandingan Kemahiran Penyelenggaraan Basikal, Pertandingan Kemahiran Motorsikal, Pertandingan Kemahiran Jahitan Pakaian, Pertandingan Operasi Dron.
    (v) Zon 5 (Inovasi)
    Pertandingan kemahiran melibatkan penyertaan pengajar/ pelajar di bawah Institusi Pendidikan TVET@KKDW iaitu Pertandingan Arca Kreatif dan Pertandingan Inovasi (Produk Pengguna, Automotif/ Pengangkutan, Pendidikan, Elektrik dan Elektronik).
    (vi) Zon 6 (Seminar dan Kerjaya)
    Sesi seminar/ webinar mengenai kerjaya, success story dan Ikon TVET dengan pelbagai topik menarik, sesi walk-in temuduga kerjaya dan sebagainya.
    (vii) Cabutan bertuah
    Para pengunjung berpeluang memenangi cabutan bertuah hebat yang disediakan oleh pihak penganjur di sepanjang tempoh ekspo berlangsung.

 

  1. Di mana boleh diperolehi jadual program Ekspo TVET@KKDW 2023?
    Jadual program dan aktiviti Ekspo TVET@KKDW 2023 sepanjang tiga (3) hari tempoh pelaksanaannya boleh dicapai seperti di pautan laman https://ekspotvet.rurallink.gov.my/

 

  1. Pertanyaan/ bantuan berhubung Ekspo TVET@KKDW 2023?
    Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan/ bantuan, boleh hubungi pihak Urus Setia menerusi talian seperti berikut:
  • No. Telefon: 03-8891 2213/ 2219/ 2221/ 2229/ 2231; dan
  • Alamat emel: ekspotvet@rurallink.gov.my

 

Hubungi Kami

HUBUNGI KAMI

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
No 47, Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100, Putrajaya

Telefon: 03-8891 2213/2219/2221/2229/2231

Emel: ekspotvet@rurallink.gov.my